Misha
sinkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis
orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam
tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan
hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya
tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada
kalang-gantinya.
Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang
berada di kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil
pena kesukaannya tanpa izinya dan menghilangkannya.
Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan
menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang
hilangtu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena
yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama
kali menjadi sepasang kawan karib.
"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku!
Misha memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah
aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja
kantintu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang
mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah
mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri
lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar
kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu
itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi
pipinya.
"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau.
Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri.
Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak
pergi kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya
berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha
berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang
menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin
baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon
talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha
tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung
Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap.
Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah
hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon
jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah
sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah
Sharon.
Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha
terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya
apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu
Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan
dengan sekolahnya." Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke
sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di
saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak
sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu
Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon
beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.
Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat notadaripadnya.
MISHA SHARMIN,
AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN
PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH
SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU.DI RUMAH AKU TAK
JUMPA.TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT,
PENATU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH
KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN.
PENATU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI
PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH
SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.
SHARON OSMAN.
Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh
berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat
hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi
apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital.
Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia
sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka
lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan
perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang
kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan
membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada
sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik
jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah
Sharon akan bahagia di alam baza.
Penulis : -

0 komentar:
Posting Komentar